Kursus ini memberikan bertujuan pendedahan kepada penjawat awam berkaitan dengan garis panduan, pendekatan dan langkah-langkah menyediakan dokumen MyPortfolio berpandukan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam yang diterbitkan pada 12 Julai 2018 dan Surat PKPA Bil. 1 Tahun 2018 Panduan Penetapan Tempoh Masa dalam Carta Alir bagi myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam yang diterbitkan pada 12 Oktober 2018.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian
i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan IKWAS dan semasa berada di Dewan Makan Anjung Selera. Pemakaian berikut adalah TIDAK DIBENARKAN: Jubah / Jeans / Seluar Pendek / Kain Pelikat / Selipar / T-shirt Leher Bulat/ Pakaian uniform pejabat.
ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.
3. Permohonan Kursus
i. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
| : | DTIMS | |
| SESI 4 | : | 08.30 Petang - 10.30 Petang |
| : | TOT DTIMS |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Pengenalan Malaysia MADANI |