Carian Kursus

[ JDNCA0006 ] KURSUS PRA PERSARAAN PERKHIDMATAN AWAM [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Persaraan merupakan satu fasa baharu dalam kehidupan di mana seseorang berhenti daripada bekerja atau mengakhiri kerjaya profesionalnya secara rasmi. Persaraan adalah masa di mana seseorang melepaskan tanggungjawab pekerjaan dan beralih kepada fasa kehidupan yang lebih santai atau berbeza dari sebelumnya.

Oleh itu, adalah penting untuk mendedahkan bakal pesara kepada hal-hal berkaitan persaraan dalam perkhidmatan awam, termasuklah faedah dan kemudahan persaraan sedia ada. Selain itu, persediaan yang rapi dari segi fizikal, mental, emosi dan kewangan akan membolehkan seseorang mengurus peralihan ke fasa persaraan dengan lebih lancar. Perancangan yang bijak juga akan mengurangkan tekanan dan membolehkan seseorang menikmati fasa persaraan dengan lebih tenang dan produktif.

Selain itu, salah satu objektif Program Latihan JDN adalah memastikan setiap pegawai JDN dilengkapkan dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi serta pembelajaran yang berterusan lebih-lebih lagi apabila melibatkan perubahan ke Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu.

Selaras dengan itu, Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengenal pasti satu modul latihan bersesuaian bagi pegawai JDN yang bakal bersara dan yang membuat urusan persaraaan iaitu penyertaan Kursus Pra Persaraan Perkhidmatan Awam.

 

Objektif Kursus
  1. Memahami psikologi ke alam persaraan
  2. Mengetahui faedah-faedah persaraan
  3. Mengetahui tentang faedah terbitan dan perubatan
  4. Mengetahui cara mengurus wang ganjaran
  5. Mengetahui cara mengurus wang pencen dan scammer kewangan
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Untuk pegawai yang akan bersara pada tahun 2026.

Modul/Topik
Hari Pertama | 19/02/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
SESI 4 : 08.30 Petang - 10.30 Petang
: Pendaftaran & Taklimat Kursus
: Ke alam persaraan
Hari Ke-2 | 20/02/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Faedah & Ganjaran
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Faedah Terbitan & Faedah Perubatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Isu-isu Pemotongan dan Graduiti & GCR
Hari Ke-3 | 21/02/2025 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Wang Ganjaran, Pencen dan Scammer Kewangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Wang Ganjaran, Pencen dan Scammer Kewangan