Carian Kursus

[ POLJIMKLNA0004 ] KURSUS PENGURUSAN EMOSI DAN STRESS [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus  ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan lanjut kepada peserta mengenai bagaimana untuk mengurus dan menangani stres dengan lebih baik serta amalan kesihatan mental yang sihat. Peserta akan mengetahui tahap stres dan kesihatan mental melalui penggunaan ujian psikologi. Peserta akan mempelajari teori dan teknik pengurusan stres yang merangkumi proses set minda, spiritual, relaksasi dan penggunaan lima deria. Peserta juga akan didedahkan berkaitan kaedah pengurusan konflik dan teknik kognitif tingkahlaku dalam mengurus dan mengawal emosi. 

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti simpton dan faktor-faktor penyumbang stress
  2. Memberi kefahaman terhadap situasi stress di tempat kerja dan mewujudkan persekitaran kerja yang positif
  3. Mempelajari teknik terapi dan lain-lain kaedah untuk mengurus emosi serta menangani stress
Syarat Tambahan
  • Keutamaan diberi kepada pegawai yang bertugas di kaunter
  • Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus
  • Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
  • Sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari minum petang dan makan malam sepanjang kursus akan disediakan 
  • Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Modul/Topik
Hari Pertama | 20/03/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Emosi dan Stress
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teknik menangani Stress