Carian Kursus

[ POLJIMBHGJA0001 ] LATIHAN KEEMPAT DALAM KONTRAK PEMBEKALAN KAD PEKERJA ASING (i-KAD) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA DI BAWAH SKOP NILAI TAMBAH IAITU LATIHAN PENGGUNA SESI 4 [ Siri 4/2025 ]

Sinopsis Kursus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,,

 

YBhg. Datuk/Dr./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN RASMI MENGHADIRI LATIHAN KEEMPAT DALAM KONTRAK PEMBEKALAN KAD PEKERJA ASING (i-KAD) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA DI BAWAH SKOP NILAI TAMBAH IAITU LATIHAN PENGGUNA SESI 4

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada pekara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Datasonic Technologies Sdn Bhd akan melaksanakan latihan keempat dalam kontrak Pembekalan Kad Pekerja Asing (i-KAD) Jabatan Imigresen Malaysia dibawah skop Nilai Tambah iaitu Latihan Pengguna Sesi 4 yang akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

 

            Nama Latihan            : Latihan Pengguna Sesi 4

            Tarikh                         : 20 – 21 Februari 2025 (Khamis - Jumaat)

            Cadangan Lokasi      : Park Inn By Radisson, Putrajaya

 

3.         Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan senarai nama peserta latihan seperti di Lampiran A beserta jadual aktiviti latihan untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Untuk makluman, pihak Datasonic Technologies Sdn Bhd akan menanggung kos makan/ minum dan penginapan peserta sepanjang latihan berlangsung. Manakala, sebarang kos lain seperti tuntutan perjalanan dan lain-lain yang berkaitan hendaklah dituntut daripada Jabatan Imigresen Bahagian/Negeri masing-masing. Pakaian semasa latihan adalah uniform jabatan atau baju korporat jabatan.

 4.         Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada Pn. Shazana binti Sabudin atau En.Aizuddin Bin Ahmad di talian 03-88801476 atau emel shazana_s@imi.gov.my dan aizuddin@imi.gov.my.

5.         Kerjasama dan perhatian YBhg.Datuk/Dr./tuan/puan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“INTEGRITI PROFESIONAL MESRA”

 

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

               Aizuddin

( AIZUDDIN BIN AHMAD ) 

Bahagian Pekerja Asing

Jabatan Imigresen Malaysia

Putrajaya

 

Objektif Kursus
  1. Pengenalan kepada Kontrak I-KAD dan Pasukan Projek
Syarat Tambahan

sebarang kos lain seperti tuntutan perjalanan dan lain-lain yang berkaitan hendaklah dituntut daripada Jabatan Imigresen Bahagian/Negeri masing-masing. Pakaian semasa latihan adalah uniform jabatan atau baju korporat jabatan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 20/02/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Senibina Rangkaian I-KAD