Kultur tisu tumbuhan adalah suatu teknik pembiakan mikro yang melibatkan proses memisahkan sekelompok tisu yang kecil (eksplan) tumbuhan dan kemudian meletakkannya dalam medium nutrien yang sesuai dan steril bagi pertumbuhan diluar organisma hidup. Kultur tisu atau disebut kultur didik adalah proses dimana tisu hidup yang dipisahkan daripada pokok induk ditumbuhkan di atas media secara aseptik. Kegunaan utama dari teknologi kultur tisu tanaman adalah untuk mendapatkan bahan atau bekalan tanaman dalam jumlah yang banyak (rapid propagation) dalam waktu yang singkat disamping mengekalkan sifat superior dari induknya. Tisu atau organ yang dipisahkan daripada pokok induk untuk tujuan kultur dipanggil eksplan. Eksplan yang biasa digunakan adalah seperti pucuk, meristem, tunas, daun muda, hujung akar, internod atau biji benih. Eksplan atau pokok induk asal akan dikulturkan di atas media, ia perlu disterilkan permukaannya dengan menggunakan bahan penyahkuman seperti sodium hipoklorida. Seterusnya eksplan dikultur di atas media yang membekalkan segala keperluan pemakanan dan hormon tumbesaran. Induk yang telah dikultur akan melalui proses sub-kultur setiap bertujuan di propagasi sehingga banyak. Plantlet yang diperolehi akan melalui proses aklimatisasi (penyesuaian), di pindah ke rumah hijau dan ditanamn ke dalam polibeg yang mengandungi media tanah. Memperbanyakkan bahan tanaman secara besar-besaran sudah dibuktikan melalui kaedah kultur tisu. MARDI merupakan peneraju utama dalam pembangunan teknologi kultur tisu untuk pelbagai tanaman termasuk buah-buahan, bunga-bungaan, tanaman herba, sayur-sayuran, dan tanaman industri. Teknologi ini boleh meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bahan tanaman yang bebas penyakit, tulen dan berkualiti tinggi. |
kursus ini ditawarkan kepada pewagai pekembangan jabata dan agensi di bawah Kementerian Pertanian (MAFI) Gred 11 - 36
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan dan teknik-teknik kultur tisu |