1. Melatih peserta dalam Sokongan Hidup Asas (CPR), teknik membebaskan saluran pernafasan tercekik, rawatan luka, balutan, dan pengendalian patah tulang.
2. Membolehkan peserta menilai situasi bahaya, mengenal pasti jenis kecederaan, dan memberikan rawatan segera yang betul.
3. Memberi kesedaran mengenai langkah keselamatan untuk mencegah kemalangan dan memastikan persekitaran yang selamat.
1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;
4. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari dan minum petang sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak Unit Latihan, Bahagian Pengurusan, JIM Sabah. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.
5. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).
6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftar.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pengenalan Kursus Asas Pertolongan Cemas | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
| : | Teori Asas Pertolongan Temas | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Taklimat Pengurusan Bencana |