Carian Kursus

[ POLJIMPRSA0004 ] KURSUS ASAS KEIMIGRESENAN [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus  ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Objektif Kursus
  1. MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KUALITI PEGAWAI IMIGRESEN BAGI MENCAPAI MISI JABATAN
  2. PESERTA DAPAT MEPAMERKAN SIKAP YANG POSITIF DAN LAYANAN YANG PROFESIONAL KEPADA PELANGGAN
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari dan  minum petang sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTRAC dan Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2025 bagi langkah-langkah penjimatan. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.

5. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 29/01/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA IMIGRESEN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: ASAS KAWALAN IMIGRESEN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIHAN & AMALI