Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) akan mengadakan Program Coaching Dokumentasi Sistem Aplikasi Berdasarkan KRISA bagi Permohonan Ganjaran KWAICT bagi pasukan pembangun sistem dalaman. Objektif utama program adalah memantapkan tahap kemahiran ahli pasukan projek ICT yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sistem agar berkebolehan dan berpengetahuan dalam menghasilkan dokumentasi mengikut buku KRISA dan seterusnya meningkatkan peratus kejayaan permohonan ganjaran KWAICT bagi pasukan pembangun sistem di BPA.
Mohon kerjasama tuan/puan untuk membawa bersama komputer riba masing-masing dan juga softcopy dokumen pembangunan sistem yang sedang/telah dibangunkan bagi tujuan penyediaan dokumentasi semasa program dijalankan. Tuan/Puan boleh merujuk pautan di bawah yang mengandungi template dokumen KWAICT dan KRISA serta contoh dokumen penyelesaian KRISA dan SPK v2.0.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Taklimat Function Point Analysis (FPA) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Coaching penyediaan dokumentasi sistem mengikut KRISA oleh Pasukan SPK |