Carian Kursus

[ POLJIMSBHA0002 ] KURSUS PENGUKUHAN JATI DIRI DAN PERKHIDMATAN KAUNTER CEMERLANG [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini merupakan kursus yang direka bentuk untuk:-

  1. Meningkatkan tahap kepercayaan dan saling hormat menghormati sesama ahli pasukan apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan;
  2. Memupuk kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara berpasukan apabila berada dalam keadaan yang sukar; dan
  3. Menyediakan penjawat awam dengan kemahiran, keyakinan dan keupayaan daya saing serta memantapkan jati diri peserta agar lebih bersiap siaga dalam menghadapi tekanan dan dugaan dalam tugas serta tanggungjawab yang digalas.
Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti konsep peringkat pembentukan kumpulan atau Group Development Stages oleh Bruce Tuckman dengan tepat di dalam pembangunan jabatan/organisasi;
  2. Menerangkan kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan bagi mengelakkan konflik di jabatan/organisasi
  3. Mengenal pasti kepentingan budaya kerja berpasukan sebagai satu elemen penting dalam pengurusan organisasi.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Penganjuran kursus ini melibatkan banyak pergerakan dan aktiviti fizikal. Oleh itu, peserta wanita yang mengandung dan mana-mana peserta yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan untuk menyertai aktiviti ini. Para peserta turut digalakkan untuk mempunyai insuran bagi melindungi diri ketika menyertai program ini.

Oleh kerana kursus ini banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, maka para peserta akan menggunakan pakaian sukan sepanjang masa. Sehubungan itu, mohon para peserta untuk menyediakan secukupnya pakaian sukan, kasut sukan dan keperluan ubat-ubatan peribadi.

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/02/2025 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TAKKLIMAT KESELAMATAN DAN ICE BREAKING
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MEMBINA KUMPULAN DAN KERJA DALAM KUMPULAN (LDK1)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: JUNGLE TRACKING
SESI 4 : 08.30 Petang - 10.30 Petang
: IKHTIHAR HIDUP
Hari Ke-2 | 27/02/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SURIVAL IN JUNGLE