Kursus Perbelanjaan Terkawal memfokuskan kepada tatacara pengurusan kewangan awam, termasuk definisi belanja kerajaan, kaedah pengiktirafan, dan merekod urus niaga belanja/hasil dalam perakaunan akruan. Ia bertujuan memastikan pegawai mengawal peruntukan berdasarkan Akta Tatacara Kewangan 1957.
1. Kursus ini terbuka kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak sahaja yang telah dicalonkan oleh Unit Latihan / Unit Pentadbiran bahagian masing-masing.
2. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
3. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
4. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;
5. Sarapan Pagi/ Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak penganjur dan Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2025 bagi langkah-langkah penjimatan.
6. Pemakaian sepanjang kursus adalah Pakaian Seragam Am No. 2/3A dan pakaian pejabat untuk yang skim gunasama.
7. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Garis Panduan Kawalan Perbelanjaan Awam | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
| : | Pengurusan Bajet dan Peruntukan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Piawaian Perakaunan Sektor Awam (MPSAS) |