Carian Kursus

[ POLJIMNSA0002 ] KURSUS PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN KE ARAS PERKHIDMATAN KAUNTER CEMERLANG JIM NEGERI SEMBILAN [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan ke arah penyampaian perkhidmatan kaunter yang cemerlang. Program ini menekankan aspek kerjasama, komunikasi berkesan, sikap profesional serta pemantapan nilai integriti bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Melalui kursus ini, peserta diharap dapat membina pasukan kerja yang lebih efektif, berdisiplin dan berorientasikan pelanggan selaras dengan imej dan aspirasi JIM.

Objektif Kursus
  1. Memantapkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pegawai kaunter dengan menekankan nilai kerjasama, saling menghormati dan toleransi agar setiap tugasan dapat dilaksanakan secara kolektif dan lebih berkesan
  2. Meningkatkan kecekapan komunikasi sama ada secara lisan, tulisan mahupun melalui bahasa tubuh supaya interaksi dengan pelanggan lebih jelas, mesra dan mencapai matlamat penyampaian maklumat dengan tepat
  3. Mengasah kemahiran pengurusan pelanggan termasuk keupayaan menangani aduan, kerenah serta situasi yang mencabar dengan penuh kesabaran, kebijaksanaan dan penyelesaian yang berkesan
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Segala Peraturan Dan Maklumat Akan Dimaklum Pada Hari Kejadian.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 29/01/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ice Breaking & Grouping
: Pendaftaran & Check In
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Giant Slipper & Hamster Wheel
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: DIY Water Rafting