Bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan yang diberikan di kaunter, terutamanya dalam berurusan dengan pelanggan Kursus ini memberi penekanan kepada pentingnya komunikasi yang berkesan, sikap profesional, serta teknik menguruskan situasi dan emosi pelanggan dengan baik. Peserta kursus akan mempelajari cara-cara menangani pelanggan dengan mesra dan efisien, menangani aduan atau masalah pelanggan, serta memastikan pengalaman pelanggan di kaunter adalah positif dan memuaskan.
1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3.Bagi langkah-langkah penjimatan .Jadual kursus dibuat secara talian sahaja dan boleh dimuat turun turun melalui portal DTIMS.
4.Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna(www.dtims.intan.my)
5.Pakaian semasa kursus adalah UNIFORM NO 3A
6.Kursus ini untuk pegawai Jabatan Imigresen Perak sahaja.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | PENGENALAN KEPADA PERKHIDMATAN PELANGGAN BARISAN HADAPAN | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
| : | MEMBINA SIKAP DAN IMEJ PROFESSIONAL | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | 8 CIRI KECEMERLANGAN PETUGAS BARISAN HADAPAN |