Carian Kursus

[ SZA0029 ] Kursus Etika Kerja : Peranan Penyelia [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

1. Kursus ini memberikan para peserta beberapa konsep yang digunakan untuk menambah kemahiran dalam bidang penyeliaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

2. Kursus ini dianjurkan selama dua (2) hari dan diadakan secara dalam talian sepenuhnya tanpa mengubah struktur asal program ini. 

3. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja perkhidmatan awam.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam
  2. Menyenarai peranan Penyelia dalam meningkatkan etika kerja perkhidmatan awam.
  3. Mengaplikasi solusi permasalahan etika kerja perkhidmatan awam
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Semua peserta dikehendaki mematuhi syarat serta peraturan kursus seperti berikut:

1.    Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula

2.    Para peserta dimohon untuk menggunakan NAMA PENUH yang telah diperuntukan  semasa menyertai sesi kursus melalui platform yang akan ditetapkan oleh pihak urus setia sama ada menggunakan aplikasi Zoom/Google Meet  masing- masing bagi memudahkan sesi pendaftaran dan pengesanan peserta.

3.    Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus.

4.    Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan  peserta tidak menerima sijil kehadiran serta tidak melayakkan pegawai mendapat Sijil Kursus. Sebab-sebab tidak hadir hanya dibenarkan dan diberi pertimbangan oleh pihak urus setia.

5.    Pengurus Program akan memaklumkan kepada penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman. Kebenaran tidak hadir dalam mana-mana slot kursus dengan kebenaran tidak akan menyebabkan catatan bahawa para peserta gagal hadir pada keseluruhan kursus

6.    Menetapkan webcam sentiasa dalam mode on semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mode off sekiranya tiada keperluan interaksi. Laluan soal jawab akan diberikan kepada para peserta

7.    DILARANG untuk menyebarkan pautan zoom kursus kepada BUKAN PESERTA.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 21/06/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TAKLIMAT DAN ETIKA KERJA PERKHIDMATAN AWAM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN INOVATIF
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PEMBENTUKAN MINDA BERETIKA
Hari Ke-2 | 22/06/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ETIKA KERJA - PERANAN PENYELIA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: WHAT NEXT?
: RUMUSAN DAN PENILAIAN KURSUS